Doa Nabi Yunus

Muat Turun Artikel – Format PDF]

[Muat Turun E-Book – 12 Zikir Mudah Dan Sahih]

VIDEO – [Durasi -9m 9s] – DARI HADIS SAHIH-Doa Nabi Yunus-لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/7QJdeZac1tU ]

AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W

[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih- Beberapa Amalan Mudah Dan Ringkas Tetapi Besar Pahala Dan Kelebihannya Menurut Hadits-hadits Rasulullah s.a.w ]

DOA NABI YUNUS

Doa menjadi sangat mustajab apabila disertakan dengan doa Nabi Yunus yang diajar oleh Rasulullah s.aw kepada umatnya. Doa itu boleh juga dibaca untuk menolak bala yang menimpa. Ia adalah seperti berikut:

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: Tiada tuhan melainkan engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku dari orang-orang yang zalim.

Antara kelebihannya:

(a) Berikut adalah kelebihannya yang terdapat di dalam hadith Rasulullah s.a.w:

دعوة ذي النون إذ دعا وهو في بطن الحوت لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين، إنه لم يدع بها مسلم في شيء قط إلا استجاب الله له بها

Maksudnya: Doa Dzin Nun (Nabi Yunus a.s.) ketika berada di dalam perut ikan: (لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين) Sesungguhnya tidak ada seorangpun orang Islam yang berdoa dengannya untuk apa saja (hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu. (Hadith riwayat Ahmad, at-Tirmidzi, al-Bazaar, Abu Ya’la, an-Nasa’i, Haakim, Baihaqi dan lain-lain).

(b) Di dalam satu hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda begini tentang kelebihannya:

الا أخبركم بشىء إذا نزل برجل منكم كرب، أو بلاء من بلايا الدنيا دعا به يفرج عنه؟ فقيل له: بلى، فقال: “دعاء ذي النون: لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين

Maksudnya: “Tak mahukah kamu aku beritahu tentang satu doa yang apabila kamu ditimpa kesusahan atau apa-apa bencana dunia, lalu kamu berdoa dengannya, kamu terus terlepas dari kesusahan dan bencana yang menimpamu itu?”. Jawab para Sahabat. “Tentulah (kami) mahu”. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Itulah doa Dzin Nun (Nabi Yunus a.s.): لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالين (Hadith riwayat al-Haakim).

Advertisement

Zikir – Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w sebagai Rasul

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[Muat Turun E-Book – 12 Zikir Mudah Dan Sahih]

VIDEO – [Durasi – 8m 49s] – DARI HADITH SAHIH – Wirid -Aku Redha Allah Sebagai Rabb, Islam Sebagai Agama & Muhammad s.a.w Sebagai Rasul

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Dk5bOE4BEyg ]

AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W

[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih- Beberapa Amalan Mudah Dan Ringkas Tetapi Besar Pahala Dan Kelebihannya Menurut Hadits-hadits Rasulullah s.a.w ]

UCAPKAN ZIKIR – “AKU REDHA ALLAH SEBAGAI RABB, ISLAM SEBAGAI AGAMA DAN MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI RASUL”

رَضِيتُ بِاللهِ رَبَّا، وَبِالإِسْلَامِ دِيْنَا، وَبِمُحَمَّدٍ – صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وِسَلَم – رَسُولًا

Maksud: Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w sebagai Rasul.

Antara kelebihannya:

(a) Rasulullah s.a.w bersabda:

عن ابي سعيد الخدري يقول: أن رسول الله –صلى الله عليه وسلم- قال: من قال: رضيت بالله ربا، وبالإسلام دينا، وبمحمد –صلى الله عليه وسلم- رسولا وجبت له الجنة

Maksudnya: Sesiapa mengucapkan, “Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w sebagai Rasul” pasti dia mendapat syurga. (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nas’’i, Ibnu Majah dan lain-lain).

(b) At-Thabaraani meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda:

ما من عبد أو إنسان أو مسلم يقول حين يمسى وحين يصبح رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا إلا كان حقا على الله أن يرضيه يوم القيامة

Maksudnya: Tiada seorang pun hamba (Allah) atau manusia atau muslim mengucapkan di waktu pagi dan petang: “Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasul”, melainkan Allah jamin untuk memuaskan hatinya pada hari kiamat nanti.

(c) At-Thabaraani juga meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda:

من قال إذا أصبح: رضيت بالله ربا، وبالإسلام دينا، وبمحمد نبيا، فأنا الزعيم لاخذ بيده حتى أدخله الجنة

Maksudnya: Sesiapa mengucapkan di waktu pagi: “Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasul”, aku jamin akan memegang tangannya hingga masuknya ke dalam syurga.

(d) Rasulullah s.a.w bersabda:

بحسب امرى من الإيمان أن يقول: رضيت بالله ربا، وبمحمد رسولا، وبالإسلام دينا

Maksudnya: Cukup sebagai bukti telah beriman apabila seseorang mengucapkan: “Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasul”.