Apakah semua bid’ah itu sama jenis dan sama kesannya?
Apakah jenis bid’ah yang lazim dalam masyarakat kita?
Golongan manakah pelopor amalan bid’ah?
Adakah amalan kita mengikut apa yang Nabi perintahkan?
KETERANGAN
Ada dua jenis bid’ah – “Bid’ah haqiqiah” dan “Bid’ah idhafiah”. Bid’ah haqiqiah boleh menjerumuskan orang yang melakukannya ke lembah syirik. Contoh bid’ah haqiqiah ialah sujud di kubur, meminta pertolongan kepada orang yang mati dalam kubur dan seumpamanya. Bid’ah haqiqiah seperti ini jarang didapati di negara kita tetapi meluas diamalkan di luar negara. Ianya banyak dilakukan oleh golongan Braelwi di India dan Golongan Syiah.
Bid’ah idhafiah ialah bid’ah yang sekali imbas seolah-olah ibadat yang disuruh tetapi perlaksanaannya tidak sebagaimana yang diperintahkan Nabi s.a.w. Contohnya: Disyariatkan baca tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali selepas solat fardhu tetapi kita membaca lebih dari bilangan yang ditetapkan dengan alasan untuk mendapat lebih pahala.
1. Adakah amalan tahlil dan “meratib” ketika kematian satu perkara yang baik dalam agama?
2. Bukankah majlis tahlil dan “meratib” dipenuhi dengan ucapan-ucapan yang baik dan kalimah-kalimah yang disebut dianjurkan oleh Nabi?
PENJELASAN
1) Sesuatu amalan akan diterima Allah sekiranya kita melakukannya mengikut sunnah Nabi s.a.w
2) Nabi s.a.w tidak pernah menghimpunkan Sahabat-sahabat Baginda untuk bertahlil dan “meratib” bila ada kematian.
3) Amalan tahlil dan “meratib” ketika berlaku kematian adalah rekaan masyarakat kita dan bukan berasal dari Islam. Ianya hendaklah ditinggalkan untuk memastikan Islam yang murni dan tidak tercemar.
PERKARA BID’AH TERHADAP JENAZAH (YANG SERING DILAKUKAN OLEH MASYARAKAT MELAYU)
Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
1. Membawa jambangan bunga dan seumpamanya bersama-sama jenazah. Perbuatan ini adalah BID’AH yang DIHARAMKAN yang telah mempengaruhi orang Islam dengan meniru upacara pengebumian mayat orang kafir yang mengandungi unsur-unsur pembaziran dan kemegahan.
2. MAKRUH membina qubur sama ada di sebelah dalam atau di luarnya dengan bahan yang menyerap bahang panas seperti simen, batu kapur dan seumpamanya.
Di Malaysia dan di negara-negara Nusantara ini, selepas berlaku kematian, seseorang dari keluarga kita akan mengadakan kenduri dan akan menjemput masyarakat sekeliling untuk mengadakan majlis tahlil pada malam pertama, ke 3, ke 7, ke 40 dan ke 100.
Ianya budaya yang diamalkan secara meluas dan turun-temurun. Keluarga si mati yang tidak mengadakan majlis tahlil pada malam tertentu ini akan ditohmah dan disindir kononnya tidak menyayangi si mati. Sehinggalah, kerana kesempitan hidup, sesetengahnya terpaksa berhutang untuk mengadakan majlis-majlis tahlil ini.
Pada malam-malam yang ditetapkan (1, 3, 7, 40 dan 100), ahli masyarakat berkumpul di rumah si mati dan acara tahlil (dengan kaifiat tertentu yang tetap) dilakukan secara berjemaah dengan kemuncaknya ialah jamuan makan kepada para hadirin. Pernah suatu masa dulu, untuk malam tertentu para hadirin dijamu dengan juadah khas pula.
Kita Perlu Bertanya Beberapa Perkara Tentang Upacara Ini
1. Adakah upacara-upacara ini wujud di peringkat awal Islam? Adakah Nabi, Sahabat-sahabat, tabiin dan ulama’-ulama’ muktabar melakukan atau menganjurkannya?
2. Selain kita di Nusantara, apakah masyarakat Islam di rantau lain, seperti di Semenanjung Arab, Afrika, Eropah, Amerika, India dan Pakistan turut mengadakan upacara yang serupa?
“Bid’ah idhafiah” ialah amalan yang pada sekali imbas nampak baik dan ada sumbernya dalam agama tetapi dilakukan tidak sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.
Amalan bid’ah ini akan mengubah rupa agama Islam.
Di negara kita bid’ah idhafiah banyak sekali diamalkan.
Untuk mengenalpasti dan mengelakkan dari terjebak dengan perkara bid’ah kita hendaklah belajar dan mengamalkan hadith.
Amalan imsak, (berhenti bersahur 10 minit sebelum subuh) tidak diketahui dari mana asalnya tetapi ianya diamalkan secara meluas di negara kita dan diiktiraf pula oleh pihak berwajib. Apakah status dan kesan jika kita mengamalkannya?
Amalan Imsak 10 minit sebelum subuh adalah salah kerana ianya:
a) Bercanggah dengan ayat al-Quran dan hadith, b) Menyusahkan orang yang lewat bangun tidur terutamanya yang berpenyakit, c) Tidak dapat kelebihan lewat bersahur.
KETETAPAN IMSAK SEBELUM SUBUH
Entah bermula dari bila, umat Islam di negara kita telah mengenali “imsak” sebagai 10 minit sebelum masuknya waktu subuh. Ketetapan imsak seperti ini tidak pula diketahui di negara-negara Islam yang lain sama ada di Timur Tengah atau lain-lain tempat. Tidak ada sesiapapun di antara kita yang cuba bertanya tentang asal usul amalan imsak ini, apatah lagi untuk mempersoalkannya. Inilah satu sikap tidak baik yang ada pada masyarakat kita iaitu menurut saja apa yang diamalkan secara umum turun temurun tanpa usul periksa.
Yang menghairankan ialah institusi-institusi agama di negara kita juga turut mengesahkannya, justeru ia disebarkan melalui media massa, risalah-risalah, poster-poster, iklan-iklan dan sebagainya dengan begitu meluas sekali. Semuanya menyatakan, “Waktu berbuka puasa dan imsak (atau imsakiah)”.
Imsak dalam istilah (makna sebenar) bermaksud, menahan diri daripada makan, minum, jimak dan lain-lain perkara yang membatalkan puasa. Inilah juga imsak yang difahami oleh masyarakat umum daripada waktu imsak yang disiarkan itu (iaitu dilarang melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh).
Bagi mereka yang terus makan walaupun selepas waktu imsak seperti yang difahami oleh masyarakat kita ini, akan ada pihak yang memandang serong dan mungkin menganggap puasanya tidak sah.
Oleh itu, pihak kami berasa bertanggungjawab membincangkan isu ini secara ilmiah berpandukan kepada petunjuk Al-Quran dan Al-Sunnah dan juga merujuk kitab-kitab ulama’ yang muktabar dengan harapan umat Islam amnya dan institusi-institusi agama di negara ini khasnya akan menilai semula ketetapan imsak sebagaimana yang diamalkan selama ini.
Pertama, di dalam Al-Quran dengan jelas Allah berfirman:
“Makan dan minumlah kamu sehingga nyata benang putih (fajar sadiq – permulaan waktu Subuh) daripada benang hitam (penghujung waktu malam) iaitu fajar”. (Surah Al-Baqarah, Ayat 187).
Ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa tidak wujud sebarang “imsak” sebelum masuknya waktu Subuh malah Allah menganjurkan supaya kita terus makan dan minum “hingga” atau “sampai” masuk waktu Subuh. Perintah di sini mengikut ulama’ usul bukan memberi makna wajib, walaubagaimanapun, paling kurang ia memberi makna harus.
Kedua, hadith sahih jelas menunjukkan tiada imsak sebagaimana yang masyarakat kita amalkan di mana Nabi s.a.w. bersabda,
“Janganlah menahan kamu dari makan dan minum oleh azannya Bilal, tetapi terus makan dan minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azannya”. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Para ulama’ sepakat mengatakan bahawa Bilal melaungkan azan sebelum masuknya waktu Subuh dengan tujuan membangkitkan orang yang tidur supaya bangun bersahur dan Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan apabila masuknya waktu Subuh.
Di sini tidak disebutkan tentang imsak atau menahan diri daripada makan minum dan sebagainya sebelum masuknya waktu Subuh malah Nabi s.a.w membenarkan makan sampai akhir waktu bersahur iaitu sehingga masuknya waktu Subuh.
Ketiga, dalam hadith sahih yang lain Nabi s.a.w bersabda yang mafhumnya,
“Umat ini akan sentiasa baik selagi mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan bersahur”. (Riwayat Imam Ahmad).
Hadith ini juga menerangkan kedua-dua ayat Al-Quran dan hadith yang tersebut di atas yang bermaksud: Makan dan minum sehingga masuk waktu Subuh. Selagi umat ini melakukan demikian mereka berada dalam kebaikan, sebaliknya bila mereka meninggalkan amalan-amalan seperti ini mereka tidak lagi berada dalam kebaikan.
Keempat, kita telah meneliti sekurang-kurangnya 30 buah kitab muktabar dalam Mazhab Syafie antaranya Al-Umm, Majmuk, Syarah Muhazzab, Al-Iqna’ Al-Mahalli, Hasyiah Al-Bajuri, As-Syarqawi, Bahrul-Mazi, Kasyful Litham dan lain-lain lagi selain daripada kitab-kitab muktabar dalam mazhab-mazhab yang lain tetapi tidak kita temui adanya ketetapan imsak sebelum masuknya waktu Subuh sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia.
Hairan! Kalau begitu dari manakah puncanya ketetapan imsak ini, dan siapakah yang memperkenalkannya? Mungkin orang yang menyokong ketetapan imsak ini berhujjah dengan hadith sahih yang diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit bermaksud,
“Kami bersahur bersama Nabi s.a.w. kemudian kami bangun pergi sembahyang”. Perawi bertanya: “Berapakah jarak di antara bersahur kamu dengan sembahyang?”, Zaid menjawab: lebih kurang lima puluh ayat”. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ini bermakna (kata mereka) bersahur itu sudah selesai sebelum masuk waktu Subuh selama lebih kurang 50 ayat (jika dianggarkan tempohnya lebih kurang 10 minit.). “Inilah punca imsak”, kata mereka.
Tetapi pemahaman yang seperti ini tidak benar kerana;
Tidak ada seorangpun perawi hadith yang menghuraikan makna hadith tersebut seperti itu.
Hadith ini mungkin bermaksud: Tempoh di antara selesai bersahur dengan sembahyang subuh itu adalah lebih kurang 50 ayat. Ini bermakna setelah selesai bersahur azan dilaungkan selepas itu sesiapa yang hendak mengambil wudhu’ bolehlah mengambil wudhu’ kemudian barulah sembahyang Subuh. Tempoh di antara azan, wudhu’, sembahyang sunat subuh dan sembahyang subuh itu sendiri adalah lebih kurang 50 ayat.
Entah bermula dari bila, umat Islam di negara kita telah mengenali “imsak” sebagai 10 minit sebelum masuknya waktu subuh. Ketetapan imsak seperti ini tidak pula diketahui di negara-negara Islam yang lain sama ada di Timur Tengah atau lain-lain tempat. Tidak ada sesiapapun di antara kita yang cuba bertanya tentang asal usul amalan imsak ini, apatah lagi untuk mempersoalkannya. Inilah satu sikap tidak baik yang ada pada masyarakat kita iaitu menurut saja apa yang diamalkan secara umum turun temurun tanpa usul periksa.
Yang menghairankan ialah institusi-institusi agama di negara kita juga turut mengesahkannya, justeru ia disebarkan melalui media massa, risalah-risalah, poster-poster, iklan-iklan dan sebagainya dengan begitu meluas sekali. Semuanya menyatakan, “Waktu berbuka puasa dan imsak (atau imsakiah)”.
Imsak dalam istilah (makna sebenar) bermaksud, menahan diri daripada makan, minum, jimak dan lain-lain perkara yang membatalkan puasa. Inilah juga imsak yang difahami oleh masyarakat umum daripada waktu imsak yang disiarkan itu (iaitu dilarang melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh)
Bagi mereka yang terus makan walaupun selepas waktu imsak ini, akan ada pihak yang memandang serong dan mungkin menganggap puasanya tidak sah.
Oleh itu, pihak kami berasa bertanggungjawab membincangkan isu ini secara ilmiah berpandukan kepada petunjuk Al-Quran dan Al-Sunnah dan juga merujuk kitab-kitab ulama’ yang muktabar dengan harapan umat Islam amnya dan institusi-institusi agama di negara ini khasnya akan menilai semula ketetapan imsak sebagaimana yang diamalkan selama ini.
Pertama, di dalam Al-Quran dengan jelas Allah berfirman:
“Makan dan minumlah kamu sehingga nyata benang putih (fajar sadiq – permulaan waktu subuh) daripada benang hitam (penghujung waktu malam) iaitu fajar”. (Surah Al-Baqarah, Ayat 187)
Ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa tidak wujud sebarang “imsak” sebelum masuknya waktu Subuh malah Allah menganjurkan supaya kita terus makan dan minum “hingga” atau “sampai” masuk waktu Subuh. Perintah di sini mengikut ulama’ usul bukan memberi makna wajib, walaubagaimanapun, paling kurang ia memberi makna harus.
Kedua, hadith sahih jelas menunjukkan tiada imsak sebagaimana yang masyarakat kita amalkan di mana Nabi s.a.w. bersabda,
“Janganlah menahan kamu dari makan dan minum oleh azannya Bilal, tetapi terus makan dan minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azannya”. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Para ulama’ sepakat mengatakan bahawa Bilal melaungkan azan sebelum masuknya waktu Subuh dengan tujuan membangkitkan orang yang tidur supaya bangun bersahur dan Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan apabila masuknya waktu Subuh.
Di sini tidak disebutkan tentang imsak atau menahan diri daripada makan minum dan sebagainya sebelum masuknya waktu Subuh malah ia menganjurkan supaya makan sampai akhir waktu bersahur iaitu masuknya waktu Subuh.
Ketiga, dalam hadith sahih yang lain Nabi s.a.w bersabda yang mafhumnya,
“Umat ini akan sentiasa baik selagi mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan bersahur”. (Riwayat Imam Ahmad).
Hadith ini juga menerangkan kedua-dua ayat Al-Quran dan hadith yang tersebut di atas yang bermaksud: Makan dan minum sehingga masuk waktu Subuh. Selagi umat ini melakukan demikian mereka berada dalam kebaikan, sebaliknya bila mereka meninggalkan amalan-amalan seperti ini mereka tidak lagi berada dalam kebaikan.
Keempat, kita telah meneliti sekurang-kurangnya 30 buah kitab muktabar dalam Mazhab Syafie antaranya Al-Umm, Majmuk, Syarah Muhazzab, Al-Iqna’ Al-Mahalli, Hasyiah Al-Bajuri, As-Syarqawi , Bahrul-Mazi, Kasyful Litham dan lain-lain lagi selain daripada kitab-kitab muktabar dalam mazhab-mazhab yang lain tetapi tidak kita temui adanya ketetapan imsak sebelum masuknya waktu Subuh sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia.
Hairan! Kalau begitu dari manakah puncanya ketetapan imsak ini, dan siapakah yang memperkenalkannya? Mungkin orang yang menyokong ketetapan imsak ini berhujjah dengan hadith sahih yang diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit bermaksud,
“Kami bersahur bersama Nabi s.a.w. kemudian kami bangun pergi sembahyang, perawi bertanya: “Berapakah jarak di antara bersahur kamu dengan sembahyang? Zaid menjawab: lebih kurang lima puluh ayat”. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ini bermakna (kata mereka) bersahur itu sudah selesai sebelum masuk waktu Subuh selama lebih kurang 50 ayat (jika dianggarkan tempohnya lebih kurang 10 minit.). “Inilah punca imsak”, kata mereka.
Tetapi pemahaman yang seperti ini tidak benar kerana;
1. Tidak ada seorangpun perawi hadith yang menghuraikan makna hadith tersebut seperti itu.
2. Hadith ini mungkin bermaksud: Tempoh di antara selesai bersahur dengan sembahyang subuh itu adalah lebih kurang 50 ayat. Ini bermakna setelah selesai bersahur azan dilaungkan selepas itu sesiapa yang hendak mengambil wudhu’ bolehlah mengambil wudhu’ kemudian barulah sembahyang Subuh. Tempoh di antara azan, wudhu’, sembahyang sunat subuh dan sembahyang subuh itu sendiri adalah lebih kurang 50 ayat.