Untuk maklumat lanjut tentang pemikiran Islam Liberal – sila layari https://darulkautsarpencerahanaqidah.wordpress.com/category/islam-liberal/
Category: Kelompok Sesat
Hakikat Sekularisme Dan Kaedah Penyebarannya
[Muat Turun Artikel – Format PDF]
Oleh : Irwan Bin Mohd Subri
(Artikel ini dipetik dan disaring dari buku “Mauqif al-Islam Min al-Tayyarat Wa al-Mazahib al-Mu’asharah” karangan Prof. Dr. Taha Abd al-Salam Khudhair dan Prof. Dr. Hasan Muharram al-Sayyid al-Huwaini, pensyarah Jabatan Akidah Dan Falsafah, Kuliah Usuluddin Universiti al-Azhar Mesir)
“Sekular” atau dalam bahasa Arabnya dipanggil “al-‘Ilmaniyyah” diambil dari perkataan “ilmu” (dalam bahasa Arab, ‘ain, lam dan mim). Kononnya dari segi mafhum, ia bermaksud mengangkat martabat ilmu, jadi ia tidak bercanggah dengan mafhum Islam yang juga menjadikan ilmu sebagai satu perkara penting bagi manusia dan menyeru kepada ilmu sejak wahyu pertama lagi. Tetapi sebenarnya penterjemahan kalimah “sekular” kepada “al-‘Ilmaniyyah” hanyalah satu tipu daya dan berselindung di sebalik slogan ilmu. Sebenarnya kalau diperhatikan makna tersirat bagi “sekular” ialah “al-Ladiniyyah” yakni “tanpa agama” atau “al-La’aqidah” yakni “tanpa aqidah”. Tokoh pemikir Islam Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi pernah menyebut perkara ini di dalam penulisannya tentang sekularisme.
Continue readingPertentangan Islam Dan Sekular: Sekular Pasti Tersungkur
[Muat Turun Artikel – Format PDF]
Oleh: Prof Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi
Dr Yusuf al-Qardhawi dengan lantang menyerang sekularisme dan pendokong-pendokongnya. Di bawah ini adalah petikan dari buku beliau “Pertentangan Islam Dan Sekular: Sekular Pasti Tersungkur” yang mesti dimiliki oleh setiap muslim yang peka dengan dunia sekitarnya.
1. SEKULAR MENENTANG AGAMA
Kami telah menyatakan bahawa “sekular” adalah ditolak di dalam negara Islam secara umumnya dan di Mesir khususnya atas apa-apa penilaian sekalipun khususnya penilaian agama.
Apabila kita berhukum dengan agama, iaitu agama yang dianuti oleh majoriti penduduk negara Islam dan kita menerima hukum Islam, kita akan mendapati Islam menolak secara muktamad terhadap sekular. Ini disebabkan sekular tidak dapat duduk semeja bersama dengan Islam sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah.
Continue readingHukum Sihir Dan Perdukunan
[Muat Turun Artikel – Format PDF]
Oleh : Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
Segala puji hanya kepunyaan Allah, selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada junjungan umat, Nabi besar Muhammad s.a.w yang tiada lagi Nabi sesudahnya.
Akhir-akhir ini ramai sekali tukang-tukang ramal yang mengaku dirinya sebagai tabib (bomoh) yang mengubati orang sakit dengan jalan sihir atau perdukunan. Mereka kini banyak tersebar di serata negeri dan orang-orang awam yang jahil ramai yang menjadi mangsa penipuan mereka. Maka atas dasar nasihat kepada Allah s.w.t. dan kepada hamba-hamba-Nya, saya ingin menjelaskan tentang betapa besarmya bahaya terhadap Islam dan umat Islam tentang bergantung kepada selain dari Allah dan bahawa sesungguhnya hal tersebut bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul-Nya.
Continue readingAmalan Perbomohan Atau Jampi Dalam Masyarakat
[Muat Turun Artikel – Format PDF]
Oleh : Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
Segelintir masyarakat Islam masih terkeliru dengan kaedah perubatan yang dibenarkan dalam Islam. Akibatnya, mereka terjebak dalam kancah perubatan yang menyimpang antaranya perbomohan yang menggunakan pelbagai kaedah yang tidak dibenarkan Islam. Malah, disebabkan ghairah mencari bomoh, ada yang menjadi mangsa seks bomoh.
Amalan Perbomohan Atau Jampi Yang Dibenarkan Dalam Islam Dan Syarat-syaratnya.
Jika perbomohan itu sesuatu yang dikaitkan dengan membaca jampi atau disebut sebagai ruqyah dalam bahasa Arab, maka pada asasnya kita perlu jelas bahawa amalan berjampi dengan syarat-syaratnya yang betul adalah dibenarkan dalam agama. Bahkan Rasulullah s.a.w melakukannya dan dianggap sebagai sunnah untuk beramal dengannya. Di dalam Sahih Muslim, dalam kitab al-Salam, ada bab yang disebut sebagai “Istihbab Ruqyah al-Maridh” (Bab digalakkan menjampi orang yang sakit). Al-Imam Muslim meriwayatkan hadith-hadith yang menunjukkan Rasulullah s.a.w berjampi dan menyuruh Sahabat berjampi, termasuk menyuruh isteri Baginda iaitu `Aishah r.ha. Dalam riwayat daripada Jabir bin `Abdullah, Baginda menyuruh berjampi dengan katanya, “Sesiapa yang dapat memanfaatkan saudaranya maka lakukanlah”. Kata al-Imam an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim: “Adapun jampi dengan dengan ayat al-Quran dan zikir-zikir yang diketahui, tidak dilarang bahkan sunnah”. Syarat-syarat jampi itu hendaklah, pertama: Aqidah orang yang mengamalkannya hendaklah betul dan bersih dari unsur syirik dan khurafat dengan yakin bahawa hanya Allah Penentu dan Penyembuh. Kedua: Bacaan jampi difahami maksudnya agar tidak terdapat padanya unsur-unsur salah yang pengamalnya tidak tahu. Ketiga: Inti kandungan jampi memenuhi tuntutan aqidah Islam iaitu tidak mengandungi unsur syirik dan sesat. Ini seperti apa yang disebut dalam hadith Muslim dan Abu Daud: Kata ‘Auf bin Malik al-‘Asyja‘i: Kami dahulu berjampi ketika jahiliyyah lalu kami bertanya: “Wahai Rasululullah! Apa pendapat engkau mengenai hal ini?”. Sabda Nabi s.a.w: “Bentangkan kepadaku jampi kamu. Tidak mengapa dengan jampi sekiranya tiada padanya kesyirikan”. Continue reading