ZIKIR – سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ

AMALAN DARI HADIS SAHIH- ZIKIR – سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ

AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W

[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih- http://tinyurl.com/y7wg5ydt ]

ZIKIR – سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ

Salah satu zikir yang pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w dan dikatakan benar kelebihannya ialah zikir berikut:

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ

Maksudnya: Maha suci Allah dan dengan memujiNya.

Antara kelebihannya:

(a) Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

من قال سبحان الله وبحمده في يوم مائة مرة خطت خطاياه وإن كانت مثل زبد البحر

Maksudnya: Sesiapa mengucapkan سبحان الله وبحمده dalam satu hari sebanyak seratus kali akan digugurkan kesalahan-kesalahannya (dosa-dosanya), walaupun ia seperti buih di laut. (Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibbaan, al-Bazzaar, at-Thabaraani dan lain-lain).

(b) Di dalam satu hadith yang lain Baginda bersabda begini:

من قال حين يصبح وحين يمسى: سبحان الله وبحمده، مائة مرة. لم يأت أحد يوم القيامة بأفضل مما جاء به. إلا أحد قال مثل ما قال. أو زاد عليه.

Maksudnya: Sesiapa mengucapkan pada waktu pagi dan petang سبحان الله وبحمده seratus kali. Niscaya tidak ada orang yang akan membawa sesuatu (pahala) yang lebih baik daripada apa yang dibawanya pada hari kiamat nanti, kecuali seseorang yang mengucapnya sebanyak yang diucapnya itu atau lebih lagi daripada yang diucapnya. (Hadith riwayat Ahmad, at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, Baihaqi dan lain-lain).

(c) Di dalam satu hadith yang lain pula Nabi s.a.w menyatakan kelebihannya begini:

من قال سبحان الله وبحمده غرست له نخلة في الجنة

Maksudnya: Sesiapa mengucapkan سبحان الله وبحمده akan ditanam untuknya sepohon kurma di dalam syurga. (Hadith riwayat ay-Tirmidzi, Ibnu Hibbaan, al-Haakim dan an-Nasaa’i di dalam Amalul Yaumi Wa al-Lailahnya).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s