Saiyyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)

VIDEO – AMALAN DARI HADIS SAHIH – Saiyyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)

AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W

[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih- http://tinyurl.com/y7wg5ydt ]

Amalkan Saiyyidul Istighfar. Lafaznya adalah seperti Berikut:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، اَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي، اغْفِرْلِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: Ya Allah Engkaulah Tuhanku. Tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan daku. Aku adalah hambaMu. Aku berada dalam pengetahuan dan janjiMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu daripada keburukan apa yang telah aku perbuat. Aku mengakui ni’mat yang Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui dosa-dosaku. Ampunilah dosaku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.

Antara kelebihannya:

(a) Nabi s.a.w bersabda:

سيد الإستغفار ان تقول اللهم انت ربي، لا إله إلا أنت، خلقتنى وأنا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت، أعوذ بك من شر ما صنعت، ابوء لك بنعمتك علي، وابوء لك بذنبي, اغفر لى، فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت، قال: ومن قالها من النهار موقنا بها .فمات من يومه قبل أن يمسي، فهو من أهل الجنة، ومن قالها من الليل وهو موقن بها، فمات قبل أن يصبح، فهو من الجنة

Maksudnya: Penghulu Istighfar ialah engkau mengucapkan: “Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan daku. Aku adalah hambaMu. Aku berada dalam pengetahuan dan JanjiMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu daripada keburukan apa yang telah aku perbuat. Aku mengakui ni’mat yang Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui dosa-dosaku. Ampunilah dosaku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.”

Rasulullah s.a.w bersabda seterusnya: “Sesiapa mengucapkannya di waktu siang dengan penuh yakin dan dia mati pada hari itu sebelum petang, dia ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh yakin, lalu dia mati sebelum pagi, dia juga ahli syurga. (Hadith riwayat al-Bukhari, Abu Daud, Ahmad, an-Nasaa’i, al-Bazaaar dan lain-lain).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s