[Muat Turun Artikel – Format PDF]
[Muat Turun E-Book – 12 Zikir Mudah Dan Sahih]
VIDEO – [ Durasi – 7m 56s ] – AMALAN DARI HADITH SAHIH – Perbendaharaan Di Syurga: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/bD5CKuz9cFQ ]
AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W
[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih – Beberapa Amalan Mudah Dan Ringkas Tetapi Besar Pahala Dan Kelebihannya Menurut Hadits-hadits Rasulullah s.a.w ]
PERBENDAHARAAN DI SYURGA: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ
Ucapan yang merupakan perbendaharaan dan simpanan berharga di syurga:
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ
Maksudnya: Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.
Antara kelebihannya:
(a) Nabi s.a.w berkata kepada beberapa orang Sahabatnya:
ألا أدلك على كلمة من كنوز الجنة؟ قلت: بلى، يا رسول الله. قال: قل لا حول ولا قوة إلى بالله
Maksudnya: “Tak mahukah aku tunjukkan kepadamu satu ucapan yang merupakan perbendaharaan dan simpanan berharga di syurga?”. Jawab Sahabat: “Tentulah mahu, wahai Rasulullah”. Kata Baginda: “Ucapkan لا حول ولا قوة إلى بالله “. (Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i dan Ibnu Majah).
(b) Di dalam satu hadith yang lain pula Nabi s.a.w. bersabda kepada Qais bin Sa’ad begini:
الا أدلك على باب من ابواب الجنة؟ قلت: بلى يا رسول الله، قال: لا حول ولا قوة إلا بالله
Maksudnya: “Tak mahukah aku tunjukkan kepadamu satu pintu daripada pintu-pintu syurga?”. Kata Qais, aku menjawab: “Tentulah mahu, wahai Rasulullah”. Kata Baginda: “Ucapkan لا حول ولا قوة إلا بالله.” (Hadith riwayat Ahmad, at-Tirmidzi, Haakim, Thabaraani dan Baihaqi di dalam “Syu’ab al-Iman”).
(c) Ketika Nabi s.a.w. bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s. pada malam Mi’raj, Nabi Ibrahim berkata:
يا محمد، مر أمتك يكثرؤا من غراس الجنة، فإن تريتها طيبة، وأرضها واسعة. قال محمد صلى الله عليه وسلم. وما غراس الجنة؟ قال: لاحول ولا قوة إلا بالله.
Maksudnya: “Wahai Muhammad! Suruhlah umatmu memperbanyakkan tanaman syurga. Kerana tanahnya baik dan buminya luas”. Nabi s.a.w bertanya: “Apa itu tanaman syurga?”. Jawab Nabi Ibrahim: “(Ucapan) لا حول ولا قوة إلا بالله “. (Hadith riwayat Ahmad, Ibnu Hibbaan, at-Thabaraani dan Baihaqi di dalam “Syu’abul Iman)”.