[Muat Turun Artikel – Format PDF]
[Muat Turun E-Book – 12 Zikir Mudah Dan Sahih]
VIDEO – [Durasi – 8m] -AMALAN DARI HADITH SAHIH – Doa Sebelum Makan (بِسْمِ اللهِ وَبَرَكَةِ اللهِ ) Dan Selepas Makan
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/FFaMMSbzlFg ]
AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W
[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih – Beberapa Amalan Mudah Dan Ringkas Tetapi Besar Pahala Dan Kelebihannya Menurut Hadits-hadits Rasulullah s.a.w ]
DOA SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN
Bacalah doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w sebelum makan iaitu:
بِسْمِ اللهِ وَبَرَكَةِ اللهِ
Maksudnya: Dengan nama Allah dan dengan keberkatan (dari) Allah.
Setelah kenyang dan selesai makan bacalah doa ini:
الحَمْدُ لِلهِ الَّذِي أَشْبَعَنَا وَأَرْوَانَا وَأَنْعَمَ وَأَفْضَلَ
Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah mengenyangkan kita, menghilangkan dahaga kita, memberi ni’mat dan melimpahkan kurnian-Nya (kepada kita).
Antara kelebihannya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
خبز ولحم وبسر وتمر ورطب ودمعت عيناه ثم قال هذا من النعيم الذي تسألون عنه يوم القيامة فكبر ذلك على أصحابه فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أصبتم مثل هذا وضربتم بأيديكم فقولوا بسم الله وبركة الله فإذا شبعتم فقولوا الحمد لله الذي أشبعنا وأروانا وأنعم وأفضل فإن هذا كفاف بهذا
Maksudnya: “Ini roti, daging, kurma muda, kurma masak, kurma mekar”, sambil air mata Baginda mengalir. Seterusnya Baginda bersabda: “Semuanya termasuk dalam ni’mat yang akan ditanya kamu tentangnya pada hari kiamat nanti”. Mendengar sabda Nabi s.a.w itu berasa sedihlah para Sahabat sekalian. Nabi s.a.w meneruskan lagi sabdanya: “Apabila kamu mendapat makanan seperti ini dan kamu hendak hulurkan tanganmu untuk menjamahnya, bacalah بسم الله وبركة الله dan setelah selesai makan, bacalah (pula) : الحمد لله الذي أشبعنا واروانا وأنعم وأفضل . Bacaan kamu itu akan membuatkan kamu tidak disoal nanti”.