[Muat Turun Artikel – Format PDF]
[Muat Turun E-Book – 12 Zikir Mudah Dan Sahih]
VIDEO – [Durasi – 3m 17s] – AMALAN DARI HADITH SAHIH – Doa Menyatakan Kesyukuran
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/WvPGQI6UY_o ]
AMALAN MUDAH DAN RINGKAS TETAPI BESAR PAHALA DAN KELEBIHANNYA MENURUT HADITH-HADITH RASULULLAH S.A.W
[ Muat Turun – Nota 12 zikir mudah dan sahih – Beberapa Amalan Mudah Dan Ringkas Tetapi Besar Pahala Dan Kelebihannya Menurut Hadits-hadits Rasulullah s.a.w ]
DOA MENYATAKAN KESYUKURAN
Sentiasa bersyukur kepada Allah. Doa di bawah ini sudah cukup untuk menyatakan kesyukuran kepada Allah dalam sehari semalam:
اللَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِي من نِعْمَةٍ فَمِنْكَ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ، فَلَكَ الحَمْدُ وَلَكَ الشُكْرُ
Maksudnya: Ya Allah, apa-apa ni’mat yang aku dapat, semuanya dari-Mu semata-mata. Tiada sekutu bagi-Mu. Bagi-Mu segala pujian dan bagi-Mu segala kesyukuran.
Antara kelebihannya:
Nabi s.a.w. bersabda:
من قال حين يصبح: اللهم ما اصبح بي من نعمة فمنك وحدك لا شريك لك، فلك الحمد ولك الشكر، فقد ادى شكر يومه، ومن قال مثل ذلك حين يمسي فقد أذى شكر ليلته
Maksudnya: Sesiapa yang membaca doa ini di waktu pagi iaitu : “Ya Allah, apa-apa ni’mat yang aku dapat, semuanya dari-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Bagi-Mu segala pujian dan bagi-Mu segala kesyukuran”, bererti dia telah bersyukur untuk sepanjang harinya dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu petang, bererti dia telah bersyukur untuk sepanjang malamnya.