[Muat Turun Artikel – Format PDF]
الأصول الثلاثة
TIGA ASAS UTAMA
SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB AT-TAMIMIرحمه الله تعالى
(Alih Bahasa – Dr Abdul Basit Bin Abdul Rahman)
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Ketahuilah wahai saudara, semoga Allah merahmati kamu. Sesungguhnya wajib ke atas kita mengetahui empat masalah ini:
Pertama: Ilmu, iaitu ilmu mengenali Allah, Rasul-Nya dan agama Islam dengan dalil-dalilnya
Kedua: Beramal dengannya
Ketiga: Berdakwah mengajak manusia kepadanya
Keempat: Bersabar di atas kesusahan kerananya. Dalilnya, firman Allah Taala:
بسم الله الرحمن الرحيم
وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3)
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran”. (Surah Al-‘Asr, Ayat 1-3).
Kata Imam as-Syafi’e rahimahullah: “Sekiranya Allah s.w.t. tidak menurunkan hujjah ke atas hamba-Nya kecuali surah ini, nescaya ia sudah memadai bagi mereka”. Kata Imam al-Bukhari: “Bab: Ilmu sebelum perkataan dan amalan, dalilnya, firman Allah Taala :
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ (سورة محمد: الآية 19)
“Maka ketahuilah (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepada-Nya di atas kesalahan yang telah engkau lakukan”. (Surah Muhammad, Ayat 19).
Maka Allah meletakkan ilmu mendahului perkataan dan perbuatan.
Ketahuilah wahai saudara, semoga Allah merahmati kamu. Sesungguhnya wajib ke atas setiap muslim, lelaki dan perempuan memahami tiga perkara ini dan beramal dengannya.
Pertama: Allah telah mencipta dan memberi rezeki kepada kita semua serta tidak membiarkan kita tanpa petunjuk. Dia telah mengutuskan Rasul-Nya kepada kita. Sesiapa yang taat kepada-Nya, akan mendapat balasan syurga dan sesiapa yang ingkar akan mendapat balasan neraka.
Dalilnya, firman Allah Taala:
إِنَّا أَرْسَلْنَا إِلَيْكُمْ رَسُولًا شَاهِدًا عَلَيْكُمْ كَمَا أَرْسَلْنَا إِلَى فِرْعَوْنَ رَسُولًا (15) فَعَصَى فِرْعَوْنُ الرَّسُولَ فَأَخَذْنَاهُ أَخْذًا وَبِيلًا (16) – (سورة المزمل: الآيتان 15-16)
“Sesungguhnya Kami telah utuskan kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah utuskan kepada Firaun seorang Rasul. Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksanya dengan azab seksa yang seberat-beratnya”. (Surah Al-Muzzammil, Ayat 15-16).
Kedua: Allah s.w.t. sekali-kali tidak membenarkan kita untuk menyengutui-Nya dengan sesuatu apapun dalam melakukan ibadat kepada-Nya, walaupun dengan malaikat yang hampir (dengan Allah) atau nabi yang diutus.
Dalilnya, firman Allah Taala:
وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا (18) – (سورة الجن: الآية 18)
“Bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu adalah tempat untuk (beribadat kepada) Allah semata-mata, maka janganlah kamu menyeru dan menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah”. (Surah Al-Jin, Ayat 18).
Ketiga: Sesiapa yang mentaati Rasul dan mengakui akan keEsaan Allah s.w.t. tidak harus baginya membela dan menyokong mereka yang menentang ajaran Allah dan Rasul-Nya, walaupun mereka merupakan kaum kerabat yang terdekat.
Dalilnya, firman Allah Taala:
لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آَبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ – (سورة المجادلة: الآية 22)
“Engkau tidak akan menemui suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripada-Nya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itulah orang-orang yang berjaya”. (Surah Al-Mujadilah, Ayat 22).
Ketahuilah wahai saudara, semoga Allah memberi petunjuk-Nya kepada kamu untuk melakukan ketaatan kepada-Nya.
Sesungguhnya agama (Islam) yang lurus (“Al-Hanifiyyah”) iaitu agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. yang mengajar bahawa Allah s.w.t. sahaja yang berhak disembah dengan penuh ikhlas dan ketaatan. Itulah yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. kepada semua manusia dan sesungguhnya Dia mencipta mereka untuk tujuan tersebut sebagaimana firman-Nya:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ – (سورة الذاريات: الآية 56)
“Dan (ingatlah) bahawa Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada-Ku”. (Surah Az-Zariyat, Ayat 56)
Maksud (يعبدون) “Menyembah/beribadat kepada-Ku” bererti mengesakan-Ku. Antara suruhan terbesar yang diperintahkan oleh Allah ialah tauhid, iaitu mengaku hanya Allah sahaja yang layak disembah dan larangan yang paling besar ialah syirik, iaitu menyembah sesuatu yang lain bersama Allah s.w.t.
Dalilnya, firman Allah Taala:
وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا – (سورة النساء: الآية: 36)
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun”. (Surah An-Nisa’, Ayat 36).
================================================================================
TIGA ASAS UTAMA
Apabila kamu ditanya: Apakah tiga asas utama yang wajib diketahui oleh setiap insan? Maka jawablah: Seorang hamba wajib mengenali tuhannya, agamanya dan nabinya Muhammad s.a.w.
ASAS PERTAMA: MENGENALI ALLAH S.W.T
Apabila kamu ditanya : Siapa tuhan kamu?
Maka jawablah: Tuhanku ialah Allah yang memeliharaku dan seluruh makhluk dengan nikmat-Nya. Dialah sahaja yang aku sembah dan tidak ada tuhan yang aku sembah selain daripada-Nya. Dalilnya, firman Allah Taala:
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ – (سورة الفاتحة: الآية 2)
“Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir sekalian alam”. (Surah Al-Fatihah, Ayat 2).
Semua perkara selain daripada Allah adalah alam (makhluk) ciptaan-Nya dan aku adalah salah satu daripada makhluk-Nya.
Jika kamu ditanya lagi: Bagaimana kamu mengenali tuhan kamu?
Maka jawablah: Aku mengenalinya melalui tanda-tanda kekuasaan-Nya dan makhluk-makhluk ciptaan-Nya. Antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian siang dan malam, matahari dan bulan dan antara makhluk ciptaan-Nya ialah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi serta segala yang terkandung di dalam keduanya dan segala yang ada di antara keduanya. Dalilnya, firman Allah Taala:
وَمِنْ آَيَاتِهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ (37) – (سورة فصلت: الآية 37)
“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula kamu sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, sekiranya kamu benar-benar beribadat hanya kepada Allah”. (Surah Fussilat, Ayat 37).
Dan firman-Nya lagi:
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ (54) – (سورة الأعراف: الآية 54)
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari, lalu Dia bersemayam di atas Arasy, Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan cepat (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbir sekalian alam”. (Surah Al-A’raf, Ayat 54).
“Ar-Rabb” antara ertinya ialah: ‘Yang disembah’ (Hanya Allah sahaja yang layak disembah).
Dalilnya, firman Allah Taala:
(21) يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعْبُدُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ وَٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
(22) ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ فِرَٰشًا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءً وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَخْرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزْقًا لَّكُمْ فَلَا تَجْعَلُوا۟ لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
(سورة البقرة: الآية 21-22)
“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) seperti bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu dikeluarkan-Nya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu, maka janganlah kamu mengadakan sekutu bagi Allah, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)”. (Surah Al-Baqarah, Ayat 21-22).
Kata Ibnu Kathir rahimahullah Taala: “Hanya Pencipta segala kejadian ini sahaja yang layak disembah”.
Antara jenis ibadat yang diperintah oleh Allah agar dilaksanakan adalah seperti: Islam, Iman dan Ihsan. Di antaranya lagi ialah doa, takut (“khauf”), harap (“rajaa’ “), tawakkal, gemar (“raghbah”), gerun (“rahbah”), khusyu’ , takut (“khasyiah”), kembali kepada-Nya (“inabah”), minta pertolongan (“isti’anah”), berlindung daripada kejahatan (“isti’azah”), minta bantuan (“istighathah”), korban (“az-Zabh”) dan nazar serta ibadat-ibadat lain yang telah diperintah oleh Allah. Semua ibadat ini khas untuk Allah yang Maha Tinggi.
Dalilnya, firman Allah Taala:
وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا – (سورة الجن: الآية 18)
“Bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (beribadat kepada) Allah semata-mata, maka janganlah kamu menyeru dan menyembah sesiapapun bersama-sama Allah”. (Surah Al-Jin, Ayat 18).
Sesiapa yang menjadikan salah satu daripada ibadat tersebut kepada selain daripada Allah maka dia telah menjadi syirik dan kufur terhadap Allah.
Dalilnya, firman Allah Taala:
وَمَنْ يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آَخَرَ لَا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِنْدَ رَبِّهِ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ – (سورة المؤمنون: الآية 117)
“Sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang dalil (keterangan) mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya”. (Surah Al-Mukminun, Ayat 117).
Dalil Doa
Tersebut dalam hadith : ( الدعاء مخ العبادة ) “Doa adalah asas segala ibadat”.
Dalilnya, firman Allah Taala:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ – (سورة غافر: الآية 60)
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong (takabbur) daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk ke dalam Neraka Jahannam dalam keadaan hina”. (Surah Ghafir [Al-Mukmin], Ayat 60).
Dalil Takut (Khauf)
Firman Allah Taala:
فَلَا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ – (سورة آل عمران: الآية 175)
“Oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku (jangan cuaikan perintah-Ku), jika kamu benar-benar orang yang beriman”. (Surah Ali ‘Imran, Ayat 175).
Dalil Harap (Rajaa’)
Firman Allah Taala:
فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا – (سورة الكهف: الآية 110)
“Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”. (Surah Al-Kahfi, Ayat 110).
Dalil Tawakkal
Firman Allah Taala:
وَعَلَى اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ – (سورة المائدة: الآية 23)
“Hanya kepada Allah hendaklah kamu berserah (bertawakkal), jika kamu benar-benar orang yang beriman”. (Surah Al-Maidah, ayat 23).
وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ – (سورة الطلاق: الآية 3)
“Sesiapa berserah diri (bertawakkal) kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan baginya (menolong dan menyelamatkannya)”. (Surah At-Thalaq, Ayat 3).
Dalil Gemar (Raghbah), Gerun (Rahbah) dan Khusyu’
Firman Allah Taala:
إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ – (سورة الأنبياء: الآية 90)
“Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan, gerun dan takut serta mereka pula sentiasa khusyu’ (taat) kepada Kami”. (Surah Al-Anbiya’, ayat 90).
Dalil Takut (Khasyiah)
Firman Allah Taala:
فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِي – (سورة البقرة: الآية 150)
“Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kamu kepada-Ku”. (Surah Al-Baqarah, Ayat 150).
Dalil Kembali kepada Allah (Al-Inabah)
Firman Allah Taala:
وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ – (سورة الزمر: الآية 54)
“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah dirilah kepada-Nya”. (Surah Az-Zumar, Ayat 54).
Dalil Memohon Pertolongan (Isti’anah)
Firman Allah Taala:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ – (سورة الفاتحة: الآية 5)
“Hanya kepada Engkau sahajalah (Ya Allah) Yang Kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan”. (Al-Fatihah, Ayat 5).
Dalil daripada hadith:
إذا استعنت فاستعن بالله
“Apabila kamu meminta pertolongan maka mintalah dengan Allah”.
Dalil Memohon Perlindungan (Isti’azah)
Firman Allah Taala:
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (1) مَلِكِ النَّاسِ (2) – (سورة الناس: الآية 1-2)
“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung dengan Tuhan (Pemelihara) sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia”. (Surah An-Nas, Ayat 1-2).
Dalil Meminta Bantuan (Istighathah)
Firman Allah Taala:
إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ – (سورة الأنفال: الآية 9)
“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan daripada Tuhanmu, lalu Dia memperkenankan permohonan kamu”. (Surah Al-Anfal, Ayat 9).
Dalil Korban (Az-Zabh)
Firman Allah Taala:
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (162) لَا شَرِيكَ لَهُ -(سورة الأنعام: الآية 162-163)
“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku (sembelihanku/korbanku), hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam, tiada sekutu bagi-Nya”. (Surah Al-An’am, Ayat 162-163).
Dalil daripada hadith:
لعن الله من ذبح لغير الله
“Allah melaknat sesiapa yang menyembelih (korban) untuk selain daripada-Nya”.
Dalil Nazar
Firman Allah Taala:
يُوفُونَ بِالنَّذْرِ وَيَخَافُونَ يَوْمًا كَانَ شَرُّهُ مُسْتَطِيرًا – (سورة الإنسان: الآية 7)
“Mereka menyempurnakan nazar mereka (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepada mereka), serta mereka takutkan hari (Akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini”. (Surah Al-Insan, Ayat 7).
ASAS KEDUA: MENGENALI ISLAM BERDASARKAN DALIL-DALIL
Islam: iaitu menyerah diri kepada Allah s.w.t dengan tauhid (mengesakan-Nya), patuh serta taat setia terhadap segala suruhan-Nya dan melepaskan diri daripada segala bentuk syirik dan orang-orang musyrik.
Agama Islam merangkumi tiga martabat (peringkat):
- Islam
- Iman
- Ihsan
Setiap martabat mempunyai rukun-rukunnya.
Martabat Pertama: Islam
Islam mempunyai lima rukun:
- Mengucap dua kalimah Syahadah iaitu mengakui tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah
- Menunaikan solat lima waktu
- Menunaikan zakat
- Berpuasa dalam bulan Ramadhan
- Menunaikan haji ke Baitullah
Dalil Syahadah
Firman Allah Taala:
شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ – (سورة آل عمران: الآية 18)
“Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbir (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (Surah Ali ‘Imran, Ayat 18).
Maksudnya: Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa. Makna “La Ilaha” menafikan segala jenis tuhan lain yang disembah selain daripada Allah. “Illallah”, menetapkan bahawa ibadah (perhambaan) itu hanya untuk Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya di dalam ibadat dan juga kekuasaan.
Tafsir syahadah ini telah dijelaskan melalui firman Allah Taala :
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ إِنَّنِي بَرَاءٌ مِمَّا تَعْبُدُونَ (26) إِلَّا الَّذِي فَطَرَنِي فَإِنَّهُ سَيَهْدِينِ (27) وَجَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِيَةً فِي عَقِبِهِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (28) – (سورة الزخرف: الآية 26-28)
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim a.s. berkata kepada bapanya dan kaumnya: Sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang kamu sembah, tetapi (aku menyembah) Tuhan yang menciptakan diriku, kerana sesungguhnya Dia tetap memberi hidayah petunjuk kepadaku. Dan Nabi Ibrahim menjadikan kalimah tauhid itu tetap kekal pada keturunannya, supaya mereka kembali (kepada tauhid itu, jika ada yang menyeleweng kepada syirik)”. (Surah Az-Zukhruf, Ayat 26-28).
Dan firman Allah Taala:
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ – (سورة آل عمران: الآية 64)
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak menyengutukan-Nya dengan sesuatu jua pun dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”. (Surah Ali ‘Imran, Ayat 64).
Dalil Syahadah Muhammmad Rasulullah
Firman Allah Taala:
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (128) – (سورة التوبة: الآية 128)
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat menginginkan kebaikan bagi kamu, belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang yang beriman”. (Surah At-Taubah, Ayat 128).
Maksud mengaku bahawa “Muhammad Rasulullah” ialah dengan mematuhi segala ajarannya, beriman dengan segala yang dibawanya, meninggalkan segala larangannya dan menyembah Allah seperti yang diajarnya.
Dalil Solat, Zakat dan Tafsiran Tauhid
Firman Allah Taala:
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ – (سورة البينة: الآية 5)
“Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, dalam keadaan teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar”. (Surah Al-Bayyinah, Ayat 5).
Dalil Puasa
Firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ – (سورة البقرة: الآية 183)
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah, Ayat 183).
Dalil Haji
Firman Allah Taala:
وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ – (سورة آل عمران: الآية 97)
“Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan mereka yang kufur (mengingkari kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk”. (Surah Ali ‘Imran, Ayat 97).
Martabat Kedua – Iman
Iman itu mengandungi lebih daripada tujuh puluh bahagian; setinggi-tingginya ialah mengucap “La Ilaha illallah” dan yang serendah-rendahnya ialah membuang sebarang gangguan yang berada di atas jalan dan malu itu sebahagian daripada Iman.
Rukun Iman enam perkara :
- Beriman dengan Allah
- Beriman dengan Malaikat-Nya
- Beriman dengan Kitab-kitab-Nya
- Beriman dengan Rasul-rasul-Nya
- Beriman dengan Hari Kiamat
- Beriman dengan Qadar (ketentuan) baik dan buruk
Dalil enam rukun ini
Firman Allah Taala:
لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آَمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ – (سورة البقرة: الآية 177)
“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya dengan kamu menghadapkan muka ke arah timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah keimanan kepada Allah, hari akhirat, para malaikat, kitab-kitab dan nabi-nabi”. (Surah Al-Baqarah, Ayat 177).
Dalil Qadar (ketentuan)
Firman Allah Taala:
إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ – (سورة القمر: الآية 49)
“Sesungguhnya Kami menciptakan setiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)”. (Surah Al-Qamar, Ayat 49).
Martabat ketiga: Ihsan
Ihsan hanya mempunyai satu rukun, iaitu kamu menyembah Allah (dengan keimanan) seolah-olah kamu melihat-Nya dan jika kamu tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihat kamu.
Dalilnya, firman Allah Taala:
إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ – (سورة النحل: الآية 128)
“Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang melakukan kebaikan”. (Surah An-Nahl, Ayat 128).
Firman Allah Taala lagi:
وَتَوَكَّلْ عَلَى الْعَزِيزِ الرَّحِيمِ (217) الَّذِي يَرَاكَ حِينَ تَقُومُ (218) وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ (219) إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (220) – سورة الشعراء:
“Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang), dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Surah Asy-Syu’ara’, Ayat 217-220).
Firman Allah Taala lagi:
وَمَا تَكُونُ فِي شَأْنٍ وَمَا تَتْلُو مِنْهُ مِنْ قُرْآَنٍ وَلَا تَعْمَلُونَ مِنْ عَمَلٍ إِلَّا كُنَّا عَلَيْكُمْ شُهُودًا إِذْ تُفِيضُونَ فِيهِ وَمَا يَعْزُبُ عَنْ رَبِّكَ مِنْ مِثْقَالِ ذَرَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَلَا أَصْغَرَ مِنْ ذَلِكَ وَلَا أَكْبَرَ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ – (سورة يونس: الآية 61)
“Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) ketika menjalankan sesuatu urusan dan tidaklah engkau membaca dalam sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) ketika mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya”. (Surah Yunus, Ayat 61).
Dalil daripada Sunnah (hadith)
Hadith Jibrail a.s. yang masyhur dari ‘Umar bin Al-Khattab (r.a.) katanya: Ketika kami sedang duduk berdekatan dengan Nabi s.a.w tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya kesan kepenatan bermusafir sedangkan tiada seorang pun daripada kalangan kami yang mengenalinya, lalu orang itu duduk berdekatan dengan Nabi s.a.w dengan menyandarkan kedua lututnya kepada kedua lutut Nabi s.a.w serta meletakkan kedua tangannya di atas dua pahanya seraya berkata:
“Wahai Muhammad, beritahu kepada saya tentang Islam?”
Sabda Nabi s.a.w:
أن تشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله، وتقيم الصلاة وتؤتي الزكاة وتصوم رمضان وتحج البيت إن استطعت إليه سبيلا
“Engkau menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa dalam bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah apabila berkemampuan”.
Kata lelaki tersebut: Benar!
(Kata ‘Umar): Kami merasa hairan, beliau bertanya kemudian beliau membenarkan jawapan yang diberikan.
Kemudian lelaki itu bertanya lagi: “Beritahu kepada saya tentang Iman?”
Sabda Nabi s.a.w:
أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وبالقدر خير وشره
“Hendaklah engkau beriman dengan Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan Hari Akhirat serta Qadar (untung) baik dan yang tidak baik”.
Katanya lagi: “Beritahu kepada saya tentang Ihsan?”
Sabda Nabi s.a.w:
أن تعبد الله كأنك تراه، فإن لم تكن تراه فإنه يراك
“Engkau menyembah Allah (dengan keimanan) seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihat engkau”.
Katanya lagi: “Beritahu kepada saya tentang Hari Kiamat?”
Sabda Nabi s.a.w:
ما المسؤول عنها بأعلم من السائل
“Bukanlah orang yang ditanya tentang perkara itu lebih tahu daripada orang yang bertanya”.
Katanya lagi: “Beritahu kepada saya tanda-tanda Kiamat?”
Sabda Nabi s.a.w:
أن تلد الأمة ربتها، وأن ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان .
“Apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau lihat orang yang tidak beralas kaki, tidak berpakaian (sempurna), hidup melarat mengembala kambing, berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi”.
Kata ‘Umar: Selepas itu lelaki tersebut terus pergi, kami semua berdiam diri seketika.
Rasulullah s.a.w bertanya: “Wahai ‘Umar! Adakah kamu tahu siapa yang bertanya tadi?”
Kami menjawab: “Hanya Allah dan Rasul-Nya yang mengetahui”
Sabdanya: “Inilah Jibrail, dia datang untuk mengajar kamu urusan agama kamu”.
ASAS KETIGA: MENGENALI NABI MUHAMMAD S.A.W.
Baginda ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim, Hasyim dari keturunan Quraisy, Quraisy dari bangsa Arab, Arab dari zuriat Nabi Ismail bin Ibrahim Al-Khalil (sebaik-baik selawat dan salam ke atasnya serta ke atas Nabi kita). Baginda hidup selama 63 tahun, 40 tahun sebelum diutuskan dan 23 tahun sebagai nabi dan rasul. Baginda dilantik menjadi nabi dengan surah Iqra’ dan diutuskan sebagai Rasul dengan surah Al- Muddatthir. Dilahirkan di Makkah dan kemudian berhijrah ke Madinah. Allah mengutuskannya untuk menyampaikan peringatan agar menjauhi syirik dan menyeru kepada tauhid (keesaan Allah).
Dalilnya, firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ (1) قُمْ فَأَنْذِرْ (2) وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (3) وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ (4) وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ (5) وَلَا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ (6) وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ (7) – (سورة المدثر: الآية 1-7)
“Wahai orang yang berselimut, bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan agungkan Tuhanmu, bersihkan pakaianmu, tinggalkan semua kejahatan (berhala) dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. Dan untuk (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)”. (Surah Al-Muddatthir, Ayat 1-7).
Makna: “Bangunlah serta berilah peringatan”: Iaitu memberi amaran agar menjauhi syirik dan menyeru ke arah tauhid.
“Agungkan Tuhanmu”: Besarkan-Nya dengan tauhid (pengakuan tentang keesaan Allah).
“Bersihkan pakaianmu”: Sucikanlah amalan kamu daripada syirik.
“Tinggalkan semua kejahatan”: Kejahatan itu ialah berhala, menjauhi diri daripada berhala-berhala, dengan meninggalkannya serta meninggalkan penyembahnya dan berlepas diri daripada mereka.
Baginda melaksanakan perintah ini dengan menyeru manusia kepada tauhid selama 10 tahun, kemudian diangkat ke langit (Mikraj) dan telah difardukan solat lima waktu ke atasnya. Solat telah ditunaikan di Makkah selama tiga tahun.
Baginda kemudiannya diarahkan berhijrah ke Madinah.
Hijrah bererti: Berpindah meninggalkan negara syirik ke negara Islam. Hijrah ini wajib ke atas umat Islam sehingga hari Kiamat.
Dalilnya, firman Allah Taala :
إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا فَأُولَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءَتْ مَصِيرًا (97) إِلَّا الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ لَا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلَا يَهْتَدُونَ سَبِيلًا (98) فَأُولَئِكَ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَعْفُوَ عَنْهُمْ وَكَانَ اللَّهُ عَفُوًّا غَفُورًا (99) – (سورة النساء: الآية 97-99)
“Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Dalam keadaan bagaimana kamu ini?”. Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi”. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?”. Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahannam dan Neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun”. (Surah An-Nisa’, Ayat 97-99).
Firman Allah Taala lagi:
يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّ أَرْضِي وَاسِعَةٌ فَإِيَّايَ فَاعْبُدُونِ – (سورة العنكبوت: الآية 56)
“Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Sesungguhnya bumi-Ku adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepada-Ku”. (Surah Al Ankabut, Ayat 56).
Kata Al-Baghawi rahimahullah: “Ayat ini diturunkan kepada kaum muslimin yang tinggal di Makkah dan tidak berhijrah ke Madinah, namun Allah tetap memanggil mereka sebagai hamba-Nya yang beriman”.
Dalil daripada Sunnah yang menunjukkan kewajiban hijrah, sabda Rasulullah s.a.w :
لا تنقطع الهجرة حتى تنقطع التوبة، ولا تنقطع التوبة حتى تطلع الشمس من مغربها
“Tidak akan terputus hijrah hingga tertutupnya pintu taubat dan pintu taubat tidak akan ditutup sehingga matahari terbit dari sebelah barat”.
Apabila Rasulullah s.a.w telah menetap di Madinah, Baginda telah diperintahkan untuk melaksanakan syariat-syariat Islam yang lain seperti zakat, puasa, haji, azan, jihad, amar ma’ruf dan nahi mungkar dan lain-lain lagi daripada syariat Islam. Baginda mengambil masa selama sepuluh tahun untuk memperjuangkannya. Setelah itu, Baginda telah diwafatkan oleh Allah, namun agama Islam tetap kekal. Inilah agamanya: Tidak ada suatu kebaikan kecuali telah ditunjukkan kepada umatnya dan tidak ada sebarang kejahatan kecuali telah diberi amaran kepada umatnya agar menjauhinya. Kebaikan yang telah ditunjukkan oleh Baginda ialah tauhid (mengesakan Allah) dan segala yang diredhai dan disukai oleh-Nya. Keburukan yang diberi peringatan oleh Baginda ialah syirik dan semua perkara yang dibenci dan yang dilarang oleh Allah.
Allah mengutus Muhammad s.a.w kepada seluruh umat manusia dan mewajibkan ke atas semua manusia dan jin agar patuh dan taat kepada ajarannya.
Dalilnya, firman Allah Taala:
قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا – (سورة الأعراف: الآية 158 )
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semua”. (Surah Al-A’raf, Ayat 158).
Melalui Baginda (Muhammad Rasulullah s.a.w) Allah menyempurnakan agama Islam.
Dalilnya, firman Allah Taala:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا – (سورة المائدة: الآية 3)
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamu”. (Surah Al-Maidah, Ayat 3).
Dalil tentang Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, firman Allah Taala:
إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ (30) ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عِنْدَ رَبِّكُمْ تَخْتَصِمُونَ (31) – (سورة الزمر: الآية 30-31)
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati dan mereka juga akan mati. Kemudian sesungguhnya kamu pada Hari Kiamat nanti berbantah-bantahan di hadapan Tuhan”. (Surah Az-Zumar, ayat 30-31).
Dalil bahawa manusia akan dibangkitkan selepas kematian mereka, firman Allah Taala:
مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَى – (سورة طه: الآية 55)
“Dari bumilah Kami ciptakan kamu dan ke dalamnyalah Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi”. (Surah Taha, Ayat 55).
Dan firman Allah Taala lagi:
وَاللَّهُ أَنْبَتَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ نَبَاتًا (17) ثُمَّ يُعِيدُكُمْ فِيهَا وَيُخْرِجُكُمْ إِخْرَاجًا (18) – (سورة نوح: الآية 17-18)
“Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh sempurna, kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam bumi (sesudah mati) dan mengeluarkan kamu daripadanya (sesudah dihidupkan semula untuk dihitung amal kamu dan diberi balasan), dengan pengeluaran yang sungguh benar”. (Surah Nuh, Ayat 17-18).
Selepas dibangkitkan, mereka akan dihisab dan diberi balasan mengikut amalan masing-masing.
Dalilnya, firman Allah Taala:
وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ أَسَاءُوا بِمَا عَمِلُوا وَيَجْزِيَ الَّذِينَ أَحْسَنُوا بِالْحُسْنَى – (سورة النجم: الآية 31)
“Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut amalan yang mereka lakukan dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya”. (Surah An-Najm, Ayat 31).
Sesiapa yang menafikan hari kebangkitan adalah kafir.
Dalilnya, firman Allah Taala:
زَعَمَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ لَنْ يُبْعَثُوا قُلْ بَلَى وَرَبِّي لَتُبْعَثُنَّ ثُمَّ لَتُنَبَّؤُنَّ بِمَا عَمِلْتُمْ وَذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ – (سورة التغابن: الآية 7)
“(Di antara sebab-sebab kufur) orang-orang yang kafir (ialah kerana mereka) mengatakan bahawa mereka tidak sekali-kali akan dibangkitkan (sesudah mati). Katakanlah: Bahkan, demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu tentang segala yang telah kamu kerjakan dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah”. (Surah At-Taghabun, Ayat 7).
Allah telah menghantar semua rasul untuk membawa khabar gembira dan peringatan
Dalilnya, firman Allah Taala:
رُسُلًا مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا – (سورة النساء: الآية 165)
“Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah Dia mengutuskan Rasul-rasul itu”. (Surah An-Nisa’, Ayat 165).
Rasul yang pertama ialah Nuh a.s. dan yang terakhir ialah Muhammad s.a.w, penutup segala nabi-nabi.
Dalil bahawa Nuh adalah rasul yang pertama, firman Allah Taala:
إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَى نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِنْ بَعْدِهِ – (سورة النساء: الآية 163)
“Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya”. (Surah An-Nisa’, Ayat 163).
Allah telah mengutuskan rasul kepada setiap umat, bermula dari Nuh a.s. sehingga Muhammad s.a.w. Mereka menyeru setiap umat supaya menyembah Allah s.w.t sahaja dan menegah daripada menyembah taghut.
Dalilnya, firman Allah Taala:
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ – (سورة النحل: الآية 36)
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan kepada setiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya supaya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut”. (Surah An-Nahl, Ayat 36).
Allah s.w.t. telah mewajibkan ke atas semua hamba-Nya agar menolak (menjauhi) taghut dan beriman kepada-Nya.
Ibnul Qayyim rahimahullah telah berkata: “Erti taghut: ialah apabila seorang hamba melampaui batas sama ada dari segi yang disembah atau yang diikut atau yang dipatuhi”.
Jenis-jenis taghut itu banyak, tetapi yang utamanya ialah lima:
- Iblis –laknat Allah ke atasnya
- Sesiapa sahaja yang disembah dan dia redha dengannya
- Sesiapa yang mengajak manusia untuk menyembahnya
- Sesiapa yang mengaku bahawa dia mengetahui tentang perkara ghaib
- Mereka yang memerintah dan menghukum tanpa berpandukan panduan yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
Dalilnya, firman Allah Taala:
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ – (سورة البقرة: الآية 256)
“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang ingkar kepada taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Surah Al-Baqarah, ayat 256).
Inilah hakikat: “La ilaha illallah” (Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah).
Tersebut dalam hadith:
رأس الأمر الإسلام، وعموده الصلاة، وذروة سنامه الجهاد في سبيل الله
“Pokok agama ialah Islam, tiangnya ialah solat dan perkara yang tertinggi dalam agama ialah jihad di jalan Allah”.
Wallahu a’lam.