[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO [Durasi 2m 32s] – 4 Bahaya Yang Boleh Membatalkan Amalan Seseorang – Maulana Asri Yusoff
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Vhm_UcefGYQ ]
Empat Perkara Yang Amat Bahaya Yang Akan Membatalkan Pahala Amalan-amalan Baik Seseorang
- Riya‘ – Membuat sesuatu amalan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Orang yang riya’ tidak ikhlas dalam beramal, menjadikan amalan untuk tujuan lain selain Allah, seperti mahu orang lain melihat amal ibadatnya atau beramal kerana mahukan kekayaan dan kedudukan.
- Sum’ah – Sum’ah ialah orang yang ingin kebaikan yang dilakukannya didengar dan dipuji manusia.
- Takabbur – Sombong dan memandang orang lain lebih rendah darinya serta memperkecilkannya. Kerana sikap takabbur, seseorang itu menolak kebenaran.
- Ujub – Sifat ujub berkait rapat dengan takabbur dan riya’. Ujub bemaksud berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ianya berkait dengan kelebihan dari segi kecantikan kepandaian, kekayaan dan lain-lain.