Waktu-Waktu Solat Dan Waktu Yang Afdal Untuk Bersolat

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

1- [ Sesi 2 – 9:03 ] – Masuk waktu Zohor
2- [ Sesi 2 – 11:08 ] – Khilaf tentang akhir waktu Zohor
3- [ Sesi 2 – 12:21 ] – Waktu “musytarak” (waktu yang dikongsi antara waktu Zohor dan waktu ‘Asar)
4- [ Sesi 2 – 15:30 ] – Permulaan waktu ‘Asar
5- [ Sesi 2 – 16:22 ] – Permulaan waktu Maghrib
6- [ Sesi 2 – 20:12 ] – Khilaf tentang akhir waktu Maghrib. Qaul qadim dan qaul jadid Imam Syafi’e berhubung masalah ini. Yang manakah yang lebih dipakai dan ditarjihkan ulama’ Syafi’iyyah?
7- [ Sesi 2 – 25:11 ] – Dalil harus (bukan bermakna elok, hanya semata-mata harus) menta’khirkan (melewatkan) sembahyang
8- [ Sesi 2 – 34:03 ] – Waktu Subuh dan huraian tentang fajar sadiq dan fajar kazib
9- [ Sesi 2 – 35:41 ] – Khilaf tentang habis waktu Subuh
10- [ Sesi 2 – 59:05 ] – Hadith ini menunjukkan bahawa menunggu jemaah lebih ramai lebih afdhal (utama) daripada mengerjakan sembahyang di awal waktu
11- [ Sesi 2 – 59:58 ] – (Qias dengan hadith ini) Sembahyang lewat tetapi dalam keadaan lebih tenang itu lebih afdhal daripada sembahyang awal tetapi dalam keadaan kelam kabut. Begitu juga kenapa Nabi melewatkan sembahyang ketika panas dan makan terlebih dahulu ketika makanan sudah dihidangkan. Jawapannya ialah untuk mendapatkan khusyu’.
12- [ Sesi 2 – 01:01:39 ] – Keutamaan sembahyang sunat Subuh dan khilaf antara mazhab-mazhab berkenaan waktu afdhal untuk sembahyang Subuh
13- [ Sesi 2 – 01:12:48 ] – [Selingan] Pendirian yang sepatutnya tentang perkara khilafiah
14- [ Sesi 3 – 14:05 ] – Makna “iqamat” dalam istilah hadith-hadith adalah azan dan iqamat
15- [ Sesi 3 – 19:29 ] – Hadith ini menjadi hujjah (tidak menyokong) ke atas “qaul jadid” Imam as-Syafi’i dan Imam Malik tentang pendapat mereka tentang pendeknya waktu Maghrib
16- [ Sesi 3 – 36:45 ] – Bagaimana Nabi s.a.w. sembahyang pada waktu-waktu yang berlainan
17- [ Sesi 3 – 48:39 ] – Percanggahan hadith-hadith kelebihan sembahyang di awal waktu dengan hadith-hadith yang lain. Benarkah ada kelebihan hanya kerana semata-mata sembahyang di awal waktu?
18- [ Sesi 3 – 52:19 ] – Kelebihan sembahyang di awal waktu bukan secara mutlak tapi hanya pada waktu-waktu yang tertentu yang munasabah. Hadith-hadith kelebihan sembahyang di awal waktu boleh dikatakan semuanya dhaif (lemah)
19- [ Sesi 3 – 53:27 ] – Tiada satu dalil yang kukuh mengatakan sembahyang di awal waktu lebih afdhal
20- [ Sesi 3 – 55:29 ] – Membedah hadith-hadith yang menjadi dalil kelebihan sembahyang di awal waktu
21- [ Sesi 4 – 15:35 ] – Dalil bagi waktu solat Zohor ketika masih awal iaitu semasa masih panas
22- [ Sesi 4 – 16:52 ] – (PERBINCANGAN TAMBAHAN) Wajib sujud dengan mengenakan dahi
23- [ Sesi 4 – 18:31 ] – (PERBINCANGAN TAMBAHAN) Pergerakan sedikit sebanyak tidak membatalkan solat berdasarkan hadith ini
24- [ Sesi 4 – 25:00s ] – ( PERBINCANGAN TAMBAHAN ) Khilaf tentang masalah lengan baju, bolehkah dibuat lapik dahi? Sesetengah ulama’ mazhab as-Syafi’e tidak mengharuskan, berbeza dengan Imam Abu Hanifah, al-Bukhari dan lain-lain yang berpendapat harus berbuat demikian
25- [ Sesi 4 – 27:27 ] – Waktu Nabi s.a.w menunaikan sembahyang Zohor selepas gelincir matahari, sekadar manakah selepas gelincir (bayang itu)?
26- [ Sesi 4 – 30:38 ] – Harus melewatkan sembahyang seandainya ada sebab yang boleh mengganggu kekhusyu’kannya jika dikerjakan di awal waktu
27- [ Sesi 4 – 52:01 ] – Tidak baik bersembayang di waktu yang “ketiga” (matahari telah kuning pada waktu ‘Asar)
28 – [ Sesi 4 – 1:02:42 ] – Khilaf tentang sembahyang “wusto”, adakah ianya sembahyang Zohor atau `Asar?
29- [ Sesi 4 – 1:06:49 ] – 20 pendapat tentang apa yang dimaksudkan dengan sembahyang “wusto”
30- [ Sesi 5 – 09:27 ] – Waktu Maghrib
31- [ Sesi 5 – 19:40 ] – Waktu Isya’
32- [ Sesi 5 – 26:40 ] – Khilaf sembahyang Isya’ di awal waktu atau di akhir waktu
33- [ Sesi 5 – 51:32 ] – Maksud “tunggu untuk sembahyang” – a) Berada di tempat sembahyang menunggu untuk sembahyang seterusnya atau, b) Hati yang sentiasa terikat untuk mengerjakan sembahyang seterusnya
34- [ Sesi 5 – 01:06:46 ] – Waktu yang utama untuk menunaikan sembahyang Subuh
35- [ Sesi 5 – 01:11:37 ] – Sembahyang Subuh di awal waktu dan sembahyang subuh telah agak cerah
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s