Dosa Besar – Tidak Menunaikan Haji Sedangkan Dia Mampu

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya”. (Surah Ali-Imran, Ayat 97)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Barangsiapa mempunyai bekal dan kenderaan yang dapat menghantarkannya haji ke Baitullah tetapi tidak melakukannya, semoga dia tidak mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani”. Ingatlah, Allah telah berfirman, “Menunaikan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup melakukan perjalanan ke Baitullah”. [1]

Umar bin Khattab berkata, “Sesungguhnya, aku pernah berniat untuk menghantar beberapa orang ke seluruh negeri untuk mencari sesiapa yang sihat dan memiliki bekal tetapi tidak menunaikan haji supaya dikenakan jizyah dan menganggap mereka sebagai bukan orang Islam”.

Abdullah bin Abbas berkata, “Barangsiapa memiliki harta yang cukup untuk menunaikan ibadah haji tetapi dia tidak menunaikannya atau memiliki harta sehingga cukup nishab tetapi ia tidak membayar zakatnya, niscaya akan meminta raj’ah (dikembalikan) semasa mati”. Ada seseorang berkata:

“Bertaqwalah kepada Allah, wahai Ibnu Abbas. Hanya orang-orang kafir sahaja yang meminta raj’ah”. Ibnu Abbas menjawab, “Aku akan bacakan satu ayat, Allah berfirman, “Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu”,  lalu dia berkata: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “ (Surah Al-Munafiqun, Ayat 10)

Maksud bersedekah adalah membayar zakat, dan maksud menjadi salah seorang soleh ialah menunaikan haji. Seseorang bertanya, “Berapa nisab harta?”. “Jika wang perak telah mencapai 200 dirham atau wang emas yang sama nilai dengannya, wajib dikeluarkan zakat”, jawab Ibnu Abbas. “Apakah yang mewajibkan haji?”, tanya seorang lagi. Beliau menjawab, “Bekalan dan kenderaan”. [2]

Sa’id bin Jubair bercerita, “Aku tidak menyembahyangkan seorang jiranku yang meninggal dunia kerana tidak menunaikan haji walaupun dia kaya”.

NOTA KAKI

1. Ibnu Jarir dalam tafsirnya (4/16-17), Al-Uqaili (4/346), Ibnu Adi (7/2280) dan Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab (3692). Syaikh Al-Albani mendhaifkannya dalam “Dhaif Al-Jami’ “

2. Telah disebutkan takhrijnya.

· Nota: Saringan oleh Kumpulan Web Darulkautsar  dari buku terjemahan “Al-Kabair (Dosa-dosa Besar)’ karangan Imam Az-Zahabi. Buku terjemahan asal boleh dicapai di sini- https://drive.google.com/file/d/0B0r1wFGeMOw5eDdpZjM4a2YyRG8/edit

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s