[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi 21m 10s] – Meninggalkan Puasa Ramadhan Tanpa Alasan (Rukhsah) – Ust Shamsuddin Abd Rahman
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/4YO6QE_GD7g ]
TIDAK BERPUASA DI BULAN RAMADHAN TANPA UZUR
Allah berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka jika di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain”. (Surah Al-Baqarah, Ayat 183 & 184).
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Islam itu dibangun di atas lima perkara: Bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji ke Baitullah dan puasa bulan Ramadhan”. [1]
Baginda s.a.w juga bersabda:
“Barangsiapa tidak berpuasa satu hari di bulan Ramadhan tanpa adanya uzur, sesungguhnya tidak dapat digantikan dengan puasa sepanjang masa, walaupun dia melakukannya”. [2]
Ibnu Abbas berkata, “Tali ikatan Islam dan asas-asas agama itu ada tiga; bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, sembahyang dan puasa Ramadhan. Barangsiapa meninggalkan salah satu darinya, nescaya telah kafirlah ia. Kami berlindung kepada Allah dari hal itu”. [3]
NOTA KAKI
1. Hadith diriwayatkan oleh Ahmad (2/143), Al-Bukhari (8,16,22), Muslim (16) At-Tirmizi (2609), An-Nasa’ie (8/107), Al-Humaidi (703) dan Ibnu Khuzaimah (309).
2. Hadith dhaif. Diriwayatkan oleh Ahmad (2/442,470), Abu Daud (2396), At-Tirmizi (726) An-Nasa’i dan Ibnu Majah (1672), dan Ibnu Khuzaimah (1987, 1988) dari Abu Hurairah, Syaikh Al-Albani mendhaifkannya dalam “Dhaif Abi Daud” dan “Dhaif Al-Jaami’ ” (5471)
3. Hadith diriwayatkan oleh Abu Ya’la (2345), Al-Lalikai (1/202/1) secara marfu’. Syaikh Al-Albani mendhaifkannya dalam Tamam Al-Minnah (h.138) Adh-Dha’ifah (94) dan beliau mensahihkan sebagai hadith mauquf.
· Nota: Saringan oleh Kumpulan Web Darulkautsar dari buku terjemahan “Al-Kabair (Dosa-dosa Besar)’ karangan Imam Az-Zahabi. Buku terjemahan asal boleh dicapai di sini- https://drive.google.com/file/d/0B0r1wFGeMOw5eDdpZjM4a2YyRG8/edit