Pertama – Sempurnanya Sifat-Sifat Allah s.w.t. Azali Dan Abadi

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi 22m 18s] – Fiqh Akbar – 1) Sempurnanya Sifat-sifat Allah s.w.t. Azali Dan Abadi – Us Muhd Hanief Awang Yahaya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/V8wkaxzGINU ]

SEMPURNANYA SIFAT-SIFAT ALLAH S.W.T. AZALI DAN ABADI

Dia sedia kala dan berkekalan dengan nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya yang “zati” dan “fi’li”. Sifat-sifat zati [14] itu ialah hidup, kuasa, ilmu, kalam, mendengar, melihat dan kehendak. Manakala sifat fi’li ialah menciptakan, merezekikan, mengadakan, mencipta, membuat dan sifat-sifat fi’li yang lain. Allah tetap azali dengan sifat-sifat dan nama-nama-Nya. Tidak ada satupun nama dan sifat-Nya baru bertambah [15].

Dia sedia kala mengetahui dengan ilmu-Nya, dan ilmu itu sifat pada azali. Dia maha berkuasa dengan kudrat-Nya dan kudrat itu sifat pada azali, berkata-kata dengan kalam-Nya, dan kalam itu sifat pada azali, menciptakan dengan sifat mencipta, dan sifat mencipta itu pada azali, membuat dengan sifat perbuatan-Nya, sifat perbuatan sabit pada azali, yang membuat ialah Allah, membuat itu sifat pada azali [16]. Yang dibuat itu makhluk dan perbuatan Allah tidak makhluk.

Sifat-sifat-Nya sabit pada azali bukan baharu dan bukan diciptakan. Sesiapa yang mengatakannya diciptakan, baharu atau dia tidak memutuskan apa-apa atau dia meragui pada kedua-duanya maka kafirlah dia dengan Allah s.w.t.

NOTA KAKI:

[14] Sifat Zati ialah sifat yang tidak terpisah dari zat. Manakala sifat fi’li ialah sifat perbuatan iaitu sifat yang terzahir dengan adanya makhluk. Menurut Mulla ‘Ali Al-Qari, setiap sifat yang disifatkan kepada Allah dan tidak harus mensifatkan dengan lawannya maka itu sifat Zat dan setiap sifat yang disifatkan kepada Allah harus pula menyebutkan lawannya bagi Allah maka itu sifat fi’li seperti menghidupkan dan mematikan, meluaskan dan menyempitkan rezeki.

[15] Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Sekiranya dengan adanya makhluk barulah ada sifat Khaliqiyyah (sifat sebagai pencipta) maka bererti sebelum ini tidak ada sifat tersebut, ini tentu sekali mustahil kerana berlaku ketidaksempurnaan sifat. Kata Imam al-Tahawi: Allah sentiasa dengan Sifat-sifat-Nya sejak azali sebelum penciptaan makhluk-Nya. Tidak berlaku pertambahan apa-apa sifat-Nya dengan sebab ada mereka itu. Sebagaimana sifat-sifat-Nya tetap demikian sejak azali maka begitu tetap demikian tiada berkesudahan. Ini menunjukkan bahawa walaupun makhluk baru tercipta tidak semestinya sifat mencipta pada Allah hanya ada pada waktu adanya makhluk. Ini kerana makhluk itu muta’allaq bagi sifat mencipta, tidak semestinya baharunya muta’allaq maka sifat mencipta itu baharu kerana ia ta’aluq sifat adalah berlainan dengan Sifat.

[16] Dalil kepada perkara ini ialah, ayat Quran, mafhumnya: “Dan Allah Maha Mengetahui dan Maha bijaksana”. (Surah al-Nisa’, Ayat 111), “Dan Allah Maha Kaya dan Maha Terpuji”. (Surah al-Nisa’, Ayat 131), “Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. (Surah al-Nisa’, Ayat 134) , Wajah istidlal dengan ayat-ayat di atas ialah lafaz “kaana” menunjukkan kepada “itsmrar”(berterusan) sejak dari dahulu bukan baharu ada. “Dan Dia Maha mendengar lagi Maha melihat”. (Surah al-Syura, Ayat 11), “Allah Maha berkuasa atas setiap sesuatu”. (Surah al-Baqarah, Ayat 284). Ayat-ayat di atas menunjukkan sifat-sifat Allah berterusan kekal kerana ayat dalam bentuk “jumlah ismiyyah” (ayat namaan) dan ia menunjukkan kepada berterusan dan berpanjangan.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s