[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi 5m 32s] – Fiqh Akbar – 17) Dosa Dan Pahala – Us Muhd Hanief Awang Yahaya
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/RNrPaly7BxY ]
DOSA DAN PAHALA
Allah s.w.t. melimpahkan kurniaan kepada hamba-hamba-Nya, adil dalam memberikan pahala. Boleh jadi, Dia memberikan berganda-ganda daripada apa yang patut diterima hamba [59], kerana limpah kemurahan-Nya [60].
Allah s.w.t. mungkin menghukumkan seksa kerana dosa sebagai keadilan-Nya dan mungkin Dia mengampunkannya, sebagai limpahan kurniaan-Nya [61].
NOTA KAKI
[59] Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan segala kebaikan dan kejahatan. Maka sesiapa yang bercita-cita dengan melakukan satu kebaikan dan belum dia melakukannya maka Allah menulis untuknya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia bercita-cita dengannya kemudian mengerjakannya maka Allah menulis di sisi-Nya sebanyak sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali ganda hingga sampai beberapa kali ganda. Jika dia bercita-cita dengan satu kejahatan kemudian dia tidak melakukannya maka Allah tulis baginya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia bercita-cita dengannya kemudian melakukannya maka Allah tulis baginya satu kejahatan sahaja”. (al-Bukhari dan Muslim)
[60] Hendaklah diiktiqadkan bahawa pahala kerana amalan baik bukan kerana usaha kita tetapi itu adalah limpahan kurniaan Allah dan bukan sesuatu yang wajib ke atas-Nya kerana tidak ada yang mewajibkan ke atas Allah untuk memberi pahala kepada orang yang beramal seperti yang didakwa oleh Mu’tazilah. Pemberian pahala merupakan keadilan-Nya dan janji-Nya dan Dia tidak memungkiri janji. Sebanyak mana sekalipun amalan yang dilakukan oleh manusia ia tidak dapat membalas segala nikmat pemberian Allah kepadanya.
[61] Jika manusia diazab maka itu adalah keadilan bukan kezaliman kerana sifat zalim itu mustahil bagi Allah s.w.t.