[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi 3m 55s] – Fiqh Akbar – 10) Kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w – Us Muhd Hanief Awang Yahaya
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/SFbV8qwS67E ]
KEMULIAAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
Nabi Muhammad s.a.w adalah kekasih, hamba, rasul, nabi dan pilihan Allah. Baginda tidak pernah menyembah berhala, dan tidak pernah syirik walaupun sekelip mata dan tidak sesekali melakukan dosa besar mahupun dosa kecil [41].
NOTA KAKI
[41] Menurut Syah Waliyullah, ‘Ismah atau kemaksuman atau terpelihara Rasul berlaku dengan tiga sudut. Pertama, Allah mencipta mereka dengan fitrah yang sejahtera, kesempurnaan akhlak dan suci dari kekotoran nafsu maka dengan itu tidak timbul keinginan melakukan maksiat dalam diri mereka, kedua, diwahyukan kepada mereka bahawa maksiat menyebabkan kepada keseksaan dan ketaatan itu akan diberikan pahala. Ketiga, Allah menghalang mereka dari melakukan maksiat dengan diciptakan unsur halus yang ghaib. (lihat Hujjatullah al-Balighah, jil. 1, hal. 164, Uwais al-Nadwi, al-‘Aqidah al-Sunniyyah, 71-72)