[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi 9m 2s] – Fiqh Akbar – 8) Perbuatan Manusia Ialah Makhluk – Us Muhd Hanief Awang Yahaya
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/PCteUXnNNeo ]
PERBUATAN MANUSIA ADALAH MAKHLUK
Semua perbuatan hamba, sama ada pergerakan atau diam adalah usaha [37] mereka secara hakikat dan Allah s.w.t. yang menciptakannya [38].
Kesemua ketaatan adalah wajib dengan perintah Allah, dengan Kasih-Nya, keredhaan-Nya, Ilmu-Nya, Kehendak-Nya, Qada’ dan Qadar-Nya, Kesemua maksiat dengan Ilmu, Qada, Qadar-Nya dan Kehendak-Nya tetapi bukan dengan Kasih, Redha dan Perintah-Nya [39].
NOTA KAKI
[37] “Kasb” atau usaha merupakan gerakan dari dalaman atau jiwa manusia untuk melakukan sesuatu perkara. Terjadinya kufur itu kerana kecenderungan manusia untuk tunduk kepada hawa nafsunya.
Firman Allah s.w.t. mafhumnya: “Dia memperolehi apa yang dikerjakan dan menanggung apa yang diusahakannya”. (Surah al-Baqarah, Ayat 286)
[38] Dan Allah berfirman, mafhumnya: “Allah mencipta kamu dan apa yang kamu perbuatkan”. (Surah al-Saffat, Ayat 96)
“Maka apakah (Allah) yang menciptakan sama dengan yang tidak dapat menciptakan (sesuatu)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”. (Surah al-Nahl, Ayat 17)
[39] Ini menunjukkan adanya perbezaan antara iradah, ilmu, redha dan amar. Firman Allah s.w.t: “Kalaulah kamu kufur ingkar akan nikmat-nikmat-Nya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu dan ia tidak redhakan hamba-hamba-Nya berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, Dia meredhainya untuk kamu”. (Surah al-Zumar, Ayat 7)