[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi 3m 3s] – Fiqh Akbar – 14) Perkara Yang Merosakkan Amalan – Us Muhd Hanief Awang Yahaya
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/hy7m6b09FeI ]
PERKARA YANG MEROSAKKAN AMALAN
Jika berlaku riya’ dalam mana-mana amalan maka ia akan membatalkan pahala [52]. Demikian juga apabila berlaku `ujub.
____________________________________________________
NOTA KAKI
[52] Riya’ adalah ibadat yang dilakukan kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada orang lain dan termasuk dalam bab ini juga supaya didengari oleh orang lain. Ibadat yang bercampur dengan riya’ ada tiga bentuk:
(a) Dari awal lagi tujuan beribadat kerana mahu memperlihatkan kepada manusia. Ini adalah syirik dan amalannya batil.
(b) Berlaku niat kerana orang lain di tengah-tengah ibadat. Jika amalan itu mempunyai kaitan dari awal hingga akhir seperti sembahyang, maka hendaklah dia menepis niat tersebut dan meneruskan sembahyang. Gangguan niat seperti ini tidak menyebabkan dia riya’. Sebaliknya, jika dia menuruti dan melayani niat tersebut maka rosaklah amalannya itu. Jika amalan itu tidak mempunyai kaitan awal dan akhir seperti seseorang yang berniat untuk bersedekah dengan RM100 kemudian dia bersedekah dengan ikhlas sebanyak RM50 tetapi setelah itu dia bersedekah dengan riya’ maka sedekah yang baki itu menjadi rosak.
(c) Niat kerana orang lain timbul setelah selesai ibadat, maka ia tidak memberi kesan. Namun jika dia mengungkit-ngungkit sedekahnya maka rosak juga amalannya itu.