[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi 12m 15s] – Fiqh Akbar – 20) Hidayat Dan Kesesatan – Us Muhd Hanief Awang Yahaya
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/UzDPNIn12Yg ]
HIDAYAT DAN KESESATAN
Allah s.w.t. memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki sebagai limpahan kurniaan-Nya. Allah s.w.t. menyesatkan/membiarkan sesiapa yang dikehendaki sesat, sebagai keadilan-Nya [68]. Orang yang disesatkan itu bererti orang itu dibiarkan tanpa diberikan bantuan. Tafsiran kepada tidak diberikan hidayat/dibiarkan ialah Allah tidak memberi taufiq/kemudahan untuk hamba melakukan apa yang diredhai, sebagai keadilan-Nya.
Demikian juga sebagai keadilan, hukuman terhadap orang yang dibiarkan dalam keadaan maksiat.
Tidak harus kepada kita mengatakan, syaitan merampas iman dari hamba mukmin secara kekerasan dan paksaan [69] tetapi kita mengatakan hamba itu meninggalkan iman dan pada waktu itulah syaitan merampas iman daripadanya.
NOTA KAKI
[68] Allah s.w.t. menjelaskan kebenaran kepada semua hamba-Nya dengan diutuskan Rasul dan ditanzilkan al-Qur’an. Mereka pula dibekalkan dengan akal untuk mereka berfikir tentang kebenaran dan keuntungan berpegang dengannya serta akibat buruk tidak menerimanya.
Firman-Nya, mafhumnya: “Dan mengapa kamu tidak beriman kepada Allah? Sedangkan Rasulullah mengajak kamu untuk beriman kepada Tuhan kamu, dan Allah telah mengambil janji setia dari kamu (untuk beriman); jika kamu hendak beriman (maka telah jelas dalil-dalilnya)”. (Surah al-Hadid, Ayat 8)
[69] Kerana Allah s.w.t. berfirman, mafhumnya: “Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidaklah ada bagimu (iblis) sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari kalangan mereka yang sesat (dengan pilihannya sendiri)”. (Surah al-Hijr, Ayat 42)
One thought on “Kedua Puluh – Hidayat Dan Kesesatan”